Thursday, September 9, 2021


Merdeka 64 SAAS Bercerita


Salam & Selamat sejahtera.

1. Dengan segala hormatnya AJK Pelaksana Merdeka 64 SAAS Bercerita menjemput semua guru, ibu bapa/penjaga, staf, murid-murid SMK SAAS dan seluruh komuniti untuk turut serta secara langsung dalam Program Merdeka 64 SAAS Bercerita mengikut ketetapan berikut:

 Hari : Jumaat
 Tarikh: 10 September 2021
 Masa: 9.00 malam
 Tempat: Kediaman masing-masing

 Pautan:
https://youtu.be/LGh_YlTtEGM

2. Sehubungan itu, pihak AJK mengalu-alukan kehadiran semua pihak dalam program ini untuk menyaksikan penampilan istimewa warga SAAS, alumni, ibubapa, staf dan murid-murid dalam bersajak, berpuitis dan memberi persembahan dalam pelbagai gaya dan irama.
Dan paling istimewa adalah pendeklamasi undangan dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

3. Program ini juga adalah sebagai simbolik penutup Program Semarak Hari Kebangsaan 2021.

4. Kerjasama dan sokongan yang akan diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.

 Jangan lupa setkan masa untuk hadir!!!


 

Monday, August 9, 2021

PROGRAM : CERAMAH MAAL HIJRAH 1443H
PENCERAMAH : USTAZ BAKHTIAR FITRI BIN HJ ABDUL HAMID (UBF)
PERUNDING UTAMA NADI ILMU TRADING MANAGMENT
TAJUK : HIJRAH ATAU PUNAH???
TARIKH : 9 OGOS 2021
MASA : 5.30 - 6.30 PM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
SALURAN : YOUTUBE LIVE STREAMING SMK SAAS


 

Friday, August 6, 2021

PROGRAM KPS #RIDEHOMESAFE
#PERTANDINGAN APPS DESIGN CHALLENGE
#PERTANDINGAN VIDEO KESELAMATAN JALANRAYA
#PERTANDINGAN TONTON VIDEO DAN JAWAB KUIZ

JOM SEMUA ANAK-ANAK SAAS UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. DAFTAR SEGERA DENGAN GURU KELAS ANDA.




 

TAHNIAH KEPADA DATO' HJ. HELMY BIN ARSHAD
SELAKU YDP PIBG SMK SAAS, KAJANG
ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI
D.S.P.N (PULAU PINANG) YANG MEMBAWA GELARAN DATO'

IKHLAS DARI : PENGETUA DAN BARISAN PENTADBIR 
DAN SELURUH WARGA SMK SAAS, KAJANG


 

Thursday, August 5, 2021

PROGRAM : SEMARAK MERDEKA
ANJURAN : 
UNIT KOKURIKULUM, BIDANG KEMANUSIAAN & PUSAT SUMBER SEKOLAH
AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG BULAN OGOS 2021

AYUH SEMUA WARGA SMK SAAS BERSAMA-SAMA MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN KE-64

PELBAGAI PENGISIAN PROGRAM BULAN PATRIOTIK

 

Tuesday, July 13, 2021

PENGURUSAN TINGKATAN 6

PUSAT TINGKATAN 6

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG), KAJANG 
TATACARA PENDAFTARAN TINGKATAN 6 BAWAH 2021

1. Semak keputusan tawaran dalam talian melalui portal https://sst6.moe.gov.my/ atau  https://www.moe.gov.my/ mulai  05  Julai  hingga  15  Julai  2021.  Langkah  seterusnya  (Klik No 1).

 2.   Bagi pelajar yang ditawarkan ke tingkatan enam, pengesahan dan pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian. (klik No 2 : PENDAFTARAN KEMASUKAN)

3.   Pelajar yang bersetuju menerima tawaran, wajib melengkapkan maklumat yang diminta. (No telefon dan alamat emel).

4.   Pelajar yang layak ke tingkatan enam juga akan dibekalkan dengan surat tawaran secara dalam talian. SURAT TAWARAN ini mesti dicetak, dibuat salinan, disimpan dan diserahkan kepada pihak sekolah apabila diminta. Baca surat tawaran tersebut dengan teliti dan sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran.

5.   Setelah    pengesahan    penawaran    dan    pendaftaran    dibuat,    sila    sertai   saluran telegram : TINGKATAN 6 BAWAH 2021 SMKSAAS melalui pautan https://t.me/joinchat/qumAZmk1TjI3ODJl

6.  Pertukaran sekolah dalam daerah adalah TIDAK DIBENARKAN buat masa ini.

7.  Pertukaran antara daerah dan antara negeri DIBENARKAN dengan menghubungi pegawai PPD dan JPN bagi daerah dan negeri yang dipohon.

8.  Sebarang tambahan maklumat boleh berhubung dengan Pn Inah Binti Mohd Yousop (Penolong Kanan Tingkatan 6) melalui nombor 0132084810.


 

Friday, July 9, 2021