Thursday, April 7, 2016

Majlis JASAMU DIKENANG Sempena Persaraan Puan Heng & Ustazah Aminah





 

Majlis persaraan Puan Heng Ah See dan Puan Aminah Binti Samin telah diadakan pada 7 April 2016( Khamis). Majlis bermula dengan jamuan makan di Bilik ERT yang dihadiri oleh semua pentadbir, semua guru sesi petang dan staf bersama-sama VIP yang diraikan iaitu Puan Heng dan Puan Aminah.
Majlis diteruskan dengan perarakan VIP dari Bilik ERT ke Dewan Dato' Engku Abdul Rani dengan diiringi paluan kompang serta bunga manggar. 
Majlis di dewan bermula dengan ucapan wakil murid, ucapan pengetua, Puan Kamisah, persembahan multimedia, ucapan Puan Heng Ah See dan Puan Aminah Binti Samin, Persembahan pelajar seterusnya majlis penyampaian cenderahati.
 
Majlis sending off  berjalan dalam suasana yang suram namun lancar, alhamdulillah.