Tuesday, July 18, 2017

Program "Strive For Excellence"

Program ini melibatkan semua murid dari Tingkatan 5 Gigih, 5 Harmoni, 5 Intelek, 5 Jujur dan 5 Kamil. Masa berlangsung bermula seawal 7.30 am pada 19 Julai 2017. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran rohani dan fizikal kepada murid-murid ini supaya tergerak hati untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Alhamdulillah murid tidak berganjak dan memberi tumpuan yang sangat baik.









Program Jom Naik MRT Bersama Murid Pra-U

Program dijalankan pada 18 Julai 2017 (Selasa). Murid dan guru berkumpul di Stesen Air Jernih pada pukul 2.00 pm. Murid diberi penerangan oleh staf MRT dan dibawa ke Stesen Pasar Seni. Tiba di stesen Pasar Seni murid diberi soalan/task oleh guru Tingkatan 6 dan murid bergerak. Murid dan guru berkumpul semula pada 3.45 pm dan bertolak pulang semula ke stesen air jernih. Alhamdulillah program berjalan lancar.








Majlis Sambutan Kokuraya 2017

Majlis ini diadakan pada 14 Julai 2017(Jumaat) bermula 10.30 -12.00 tgh bagi sesi pagi. Majlis berjalan lancar dan meriah kerana murid-murid sama-sama menjayakan majlis ini dengan membawa pelbagai juadah dan berpakaian raya. Sesi kunjung-mengunjung antara kelas ke kelas juga dijalankan. Alhamdulillah tetamu vip dari PPD Hulu Langat sama-sama menjayakan program ini. Program ini merupakan salah satu program induk unit kokurikulum.

























Program Mentor Mentee

Program ini diadakan mengikut tarikh yang dijadualkan. Perjumaan pada 14 Julai 2017(Jumaat) bersama mentee masing-masing berlangsung dengan baik. Tajuk yang dibincangkan adalah mengikut modul yang diberikan dan perjumpaan pada sesi-1 berkaitan STRESS.