Tuesday, July 18, 2017

Majlis Sambutan Kokuraya 2017

Majlis ini diadakan pada 14 Julai 2017(Jumaat) bermula 10.30 -12.00 tgh bagi sesi pagi. Majlis berjalan lancar dan meriah kerana murid-murid sama-sama menjayakan majlis ini dengan membawa pelbagai juadah dan berpakaian raya. Sesi kunjung-mengunjung antara kelas ke kelas juga dijalankan. Alhamdulillah tetamu vip dari PPD Hulu Langat sama-sama menjayakan program ini. Program ini merupakan salah satu program induk unit kokurikulum.